suria

Tun Mahathir mohon maaf langgar SOP ketika di Langkawi, sedia dikenakan tindakan

Tun Dr Mahathir meminta maaf kerana melanggar SOP dan menyatakan kesediaan untuk dikenakan tindakan.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu program Ramadan di Langkawi, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Langkawi itu meminta maaf kerana kesalahan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk dikenakan tindakan.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan Dr Mahathir dikatakan melanggar SOP ketika menghadiri satu majlis di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Langkawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib akur dikompaun RM3,000 gara-gara langgar SOP di restoran - “Saya dan orang biasa akan disiasat, didenda...”

"Pada 8 Mei, saya ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program memberikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri di kawasan Parlimen saya.

"Saya diberitahu bahawa semasa acara itu, saya telah melanggar SOP dengan tidak memeriksa suhu ketika memasuki surau.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Mahathir berkata Covid-19 adalah penyakit serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa.

"SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini.

"Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini," katanya. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain