suria

“Mata saya dan suami biasa-biasa saja” - Anak comel macam mix, ibunya pun pelik... petua lentik bulu mata nenek mungkin menjadi!

Seorang lelaki memuat naik gambar anak saudara perempuannya secara suka-suka di Twitter yang kemudian menjadi tular gara-gara mempunyai wajah comel persis anak kacukan.

PERKONGSIAN seorang lelaki di Twitter dengan memuatnaik gambar anak saudara perempuannya secara suka-suka menjadi tular, gara-gara mempunyai wajah comel persis anak kacukan (mix).

Bermata bulat, alis kening yang cantik serta berbulu mata lentik, wajah comel kanak-kanak perempuan tersebut mendapat pujian warga Twitter.

Selain dihujani komen netizen yang kagum dengan rupa paras kanak-kanak tersebut, ramai juga pelayar turut memuatnaik gambar anak kecil masing-masing di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan gempal tarik rantai dia” - Anak kena ragut di Jom Heboh, ibu nak bagi peringatan dituduh nak tunjuk ‘have-have’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Adik kecut perut hilangkan airpods kakak sampai sanggup guna duit sekolah, duit raya ganti baharu - “Saya pilih untuk jujur” 

Ketika dihubungi mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Tiara Marina Muslim berkata, dia pada mulanya langsung tidak tahu menahu gambar anak ketiganya, Nur Dianzaskia Rose Andrika Putra yang berusia satu tahun sembilan bulan itu dimuatnaik di Twitter kerana tidak mempunyai akaun laman sosial berkenaan.

“Pada hari tersebut, saya tinggalkan anak dekat rumah ibu di Ampang kerana berniaga di pasar pagi. Adik lelaki dan perempuan saya, iaitu pakcik dan makcik kepada anak-anak saya ni yang jaga mereka sebentar.

“Adik lelaki saya, Denial, saja main pakaikan tudung pada anak saya, Zaskia dan kemudian tangkap gambar. Selepas itu dia upload di Twitter.

“Dia kemudian beritahu saya yang gambar tu jadi viral, siap ada orang komen nak masuk meminang tu yang tak tahan. Kami ketawa sajalah. Ini semua kerja pakcik dia,” ujar wanita ini merujuk kepada adik lelakinya.

Gambar yang dimuatnaik adik kepada Tiara di Twitter mendapat lebih 13,800 perkongsian.

Perkongsian lelaki berkenaan di akaun @Denialmuslim_ sehingga kini diulang kicau (retweet) lebih 13,700 kali selain dihujani komen netizen yang bukan saja memuji rupa paras anak saudaranya, malah mereka turut terpanggil berkongsi gambar anak dan anak saudara masing-masing.

Bercerita lebih lanjut, ibu muda berusia 25 tahun ini berkata, keluarganya dan keluarga di sebelah suami langsung tidak mempunyai darah kacukan.

Gambar Zaskia yang dirakam sewaktu kecil.

“Memang darah Melayu saja. Malah mata saya dan suami pun tidaklah sebulat mata Zaskia, biasa-biasa saja. Apabila ada yang komen positif, saya ucapkan syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Kata wanita ini lagi, berkemungkinan bulu mata yang lentik itu disebabkan petua yang diamalkan ibunya.

Pada usia Zaskia sebulan, ibu saya menggunting sedikit hujung bulu matanya. Sebelum itu, petua itu turut dilakukan terhadap anak pertama dan anak kedua saya. Agaknya sebab itulah bulu mata mereka lentik.

TIARA MARINA MUSLIM

IBU

“Pada usia Zaskia sebulan, ibu saya menggunting sedikit hujung bulu matanya. Sebelum itu, petua itu turut dilakukan terhadap anak pertama dan anak kedua saya. Agaknya sebab itulah bulu mata mereka lentik.

“Petua itu ibu peroleh daripada kawannya, jadi dia cuba buat pada anak saya. Kalau semasa mengandung pula, saya tidaklah ada amalkan petua pelik-pelik. Seperti ibu-ibu lain, saya suka tengok gambar bayi-bayi comel.

“Mengidam pun tidak juga. Hanya masa mengandungkan Zaskia, saya kerap makan buah tembikai merah tapi itu bukan petua, ia sekadar keinginan saya saja,” katanya mengakhiri bicara.   

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kacukan, mix, comel, Twitter

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan