TATKALA sambutan Hari Bapa masih hangat diperkatakan, ramai yang turut tampil berkongsi kisah masing-masing di media sosial. Ada anak yang keluar makan bersama bapa mereka, tak kurang juga yang memberi pelbagai hadiah termasuklah kereta mewah sebagaimana kisah yang dilaporkan di mStar pada Ahad. Namun, seorang pelajar tampil berkongsi kisah duka apabila dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan bapanya sejak berusia enam tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Hari Bapa! Anak hadiahkan Mercedes-Benz, impian pensyarah sejak 1963 jadi realiti - "Nilainya tak dapat tandingi jasa, pengorbanan ayah" ARTIKEL BERKAITAN: Surprise sempena hari lahir... mesej anak sulung buat ibu bapa meruntun jiwa ramai - “Kalau boleh saya tak nak kahwin” Mesra disapa Nurin, dia mengakui sambutan tahunan itu kurang seri dan seolah-olah tidak bermakna lagi dalam hidupnya. "Kami berpisah masa umur enam tahun. Umi pun dah kahwin lain. Akibat masalah yang timbul, saya juga dihantar ke rumah anak yatim. "Pada satu masa, saya duduk dengan kakak serta suaminya sehinggalah tahun lepas. Tahun ni baru saya menetap dengan umi semula. "Memang jarang jumpa dengan ayah. Dia pun tak maklumkan rumah di mana. Last jumpa tahun lepas masa saya perlu menjalani pembedahan apendiks," ujarnya kepada mStar. Berusia 16 tahun, gadis dari Kuantan, Pahang itu menjadi tular setelah dia berkongsi paparan WhatsApp yang dihantar kepada bapa kandungnya. Mesej Nurin dengan bapanya. "Selamat hari bapa abah. Wiwin sayang abah dunia akhirat," tulis Nurin dalam mesej itu. Dia kemudiannya dibalas ringkas dengan ucapan 'ok, terima kasih' sehingga mengundang sebak dalam kalangan netizen. Kata Nurin, biarpun situasi itu berbeza dengan orang lain, dia mengakui bersyukur kerana masih berpeluang berkomunikasi dengan bapanya. Malah, dia juga sedar ramai lagi di luar sana yang ditimpa nasib lebih pilu berbanding dirinya. "Tak rasa apa, nak sedih tapi dah tak sedih. Tapi ada orang lain yang dah tak ada ayah. Family day pun tak pernah sambut. Apa-apapun, saya masih gembira walaupun ayah reply pendek. Saya gembira dia tak lupa saya. NURIN ANAK "Syukur saya masih boleh WhatsApp. Ada yang tak boleh contact langsung. Syukurlah walaupun tak sama dengan orang biasa. "Bila post di Twitter, ramai kongsi kisah hampir sama. Jadi bukan saya seorang je, ada yang lagi susah," ujarnya. Kata Nurin, paling sedih tentunya setiap kali sambutan raya kerana tiada foto lengkap satu keluarga. "Tengok orang raya ada ayah, tangkap gambar. Bila orang tanya mana ayah? Saya terpaksa cakap dia dah bawa haluan sendiri. "Family day pun tak pernah sambut. Apa-apapun, saya masih gembira walaupun ayah reply pendek. Saya gembira dia tak lupa saya," ujarnya. Komen netizen di laman Twitter. Tambah Nurin, dia sebolehnya tidak mahu apa yang berlaku dilalui oleh anak-anaknya pada masa hadapan. Malah, dia cukup tahu bagaimana rasanya kurang kasih sayang kedua ibu bapa sewaktu menumpang kasih di rumah kakaknya selama ini. "Saya tak mahu apa yang dilalui berlaku pada anak-anak. Takut pelajaran terabai. "Saya dulu pun pelajaran agak tak OK, sebab stres tengok orang ada mak ayah. "Saya duduk dengan kakak, dia pun nak fokus anak dia lagi. Kita tak ada kasih sayang sesiapa pun," katanya dalam nada sebak. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!