MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya. Sejarah Mara bermula sebagai Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan, singkatannya Rida.
Artikel ini adalah perkongsian Tan Sri Arshad Ayub yang pernah berkhidmat dengan Rida dan Mara. Namanya juga sinonim dengan pembangunan Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai Universiti institut Teknologi Mara (UiTM).
Bahagian satu rencana ini menyorot kembali perkhidmatan beliau dengan Rida/Mara serta pengalaman melatih penduduk kampung dalam bidang pembangunan industri.