Zayn, 22, sudah bertunang dengan Perrie Edwards.
Menurut hollywoodLife.com, rahsia berkenaan terbongkar apabila wanita misteri yang dikenali sebagai Lauren Rich itu telah berkongsi gambarnya bersama Zayn di Instagram ketika mereka berada dalam sebuah kelab di Phuket.
Gambar berkenaan memaparkan Zayn memegang tangan wanita itu dari belakang dalam keadaan perut terdedah.
Dalam pada itu tersebar gosip terbaharu kononnya Zayn telah memutuskan pertunangannya dengan Perrie, 21, kira-kira dua minggu lalu apabila wanita itu dilihat tidak lagi memakai cincin berlian di jarinya.
Bagaimanapun cincin pertunangan itu dipakai Perrie semula pada minggu lalu.