AHLI kumpulan EXO iaitu Tao dikatakan sudah berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran disamping mendapatkan rawatan. Menurut laporan Soompi, media China melihat Tao berada di lapangan terbang Beijing dan berlepas ke California pada Khamis. "Tao berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan rawatan selepas cedera sewaktu melakukan persembahan bersama kumpulan itu," lapor media China. Selepas khabar angin mengatakan Tao meninggalkan kumpulan EXO, dia membuat penampilan semula sewaktu menyambut majlis ulang tahun kelahirannya bersama peminat di China. Terdahulu, dia dikatakan meninggalkan pesanan melalui akaun peribadi SNS dan membuatkan peminat keliru mengenai kedudukan sebenarnya dalam kumpulan tersebut.