PELAKON Ha Jung Woo menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang bercinta dengan atlet Kim Yuna. Jung Woo berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan malah meminta pihak yang menyebarkan perkara itu tampil membuktikan dia dan Kim mempunyai hubungan. "Saya banyak menerima pertanyaan sama ada benar kami sedang bercinta. Jujurnya saya terkejut kerana tidak pernah bertemu dengan Kim Yuna apatah lagi bercinta. Atlet Olimpik Kim Yuna. "Saya tidak tahu bagaimana ingin membuktikan perkara itu melainkan pihak yang mendakwa mengemukakan bukti," katanya seperti dilaporkan Soompi. Terdahulu, Jung Woo dan Kim dilihat memegang tangan dan berkongsi payung ketika berjalan dalam hujan sekitar akhir Mac lalu ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan. Menjelaskan mengenai perkara itu, Jung Woo berkata, dakwaan berkenaan nyata palsu kerana ketika itu dia berada di Hawaii dan hanya pulang ke Korea pada 7 April. "Anda boleh semak rekod pelepasan dan ketibaan saya kerana tiada apa yang ingin saya sorok," katanya.