PENYANYI Lady Gaga dilaporkan sudah menemui pengganti selepas putus tunang dengan Taylor Kinney pada Jun lalu. Penyanyi lagu Judas dikatakan dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon dan penerbit Ray Liotta yang berusia 31 tahun lebih tua. Ray, 61, dilihat makan malam bersama penyanyi itu sebuah restoran mewah baru-baru ini. Menurut sumber pasangan ini kelihatan mesra seperti sudah lama kenal. Lady Gaga dan Ray pernah terlibat dengan satu projek pada tahun 2014 dalam filem Sin City:A Dame to Kill For.