suria

Cemburu, mengongkong punca Lady Gaga putuskan pertunangan dengan Christian Carino

Cemburu dan sikap mengongkong punca Lady Gaga memutuskan pertunangannya dengan Christian Carino.

PENYANYI Lady Gaga dilaporkan memutuskan pertunangannya dengan Christian Carino bulan lalu kerana tidak tahan dengan sikap cemburu dan mengongkong lelaki itu.

Elle melaporkan Gaga yang mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka kerana sudah tidak tahan dengan layanan buruk Christian terhadapnya.

"Christian tidak melayan Gaga dengan baik malah sikap mengkongkongnya membuatkan Gaga berasa rimas.

"Dia sentiasa akan menghantar mesej untuk mengetahui kedudukan Gaga malah rakan-rakan penyanyi itu juga tidak menyukai sikap Christian," kata sumber.

Sumber itu bagaimanapun memberitahu, Gaga enggan memberi fokus kepada perpisahannya itu dan atas dasar itu juga dia dilihat lebih memberi fokus kepada karier dan rakan-rakannya.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka beberapa hari sebelum Anugerah Oskar berlangsung pada akhir Februari lalu.

Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan pasangan itu memutuskan pertunangan mereka selepas Gaga dikatakan bermain cinta dengan heronya dalam filem A Star Is Born, Bradley Cooper namun disangkal penyanyi lagu Shallow itu.

Lady Gaga, Christian Carino

Artikel Lain