suria

Yasmin Hani Bependapat Guru Memukul Murid Tidak Lagi Sesuai

Yasmin Hani
SUBANG JAYA: Pelakon Yasmin Hani berpendapat budaya guru memukul murid sudah tidak lagi sesuai pada masa kini.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 36, berkata, budaya memukul murid harus ditukarkan kepada kaedah yang lain kerana ia dilihat lebih berkesan.

"Saya rasa guru naik tangan kepada pelajar tidak perlu lagi sekarang ini kerana sesorang pelajar mungkin mempunyai gangguan atau masalah dalam hidupnya menyebabkan mereka melakukan kesalahan.

"Guru masa kini tidak perlu untuk mengikut cara guru-guru duhulu mengajar dengan memukul pelajar kerana masa kini terdapat pelbagai cara lain boleh dilakukan untuk menghukum para pelajar," katanya kepada mStar Online.

Yasmin ditemui pada majlis berkongsi kisah guru di Inti International University & Collage, Subang Jaya, di sini, Jumaat.


Tambah Yasmin, sesorang guru harus mengambil pendekatan untuk berkomunikasi secara baik dengan pelajar yang mempunyai masalah daripada terus menghukum tanpa mengetahui punca sebenar yang dihadapi.


"Bagi saya apa yang boleh guru lakukan ialah mengorek rahsia atau masalah yang dialami oleh pelajar dengan menggunakan perkataan how (bagaimana) dan what (apa) daripada bertanyakan why (kenapa) kerana ia dilihat seperti melakukan provokasi kepada sesorang pelajar.

"Guru harus menggunakan cara psikologi kepada pelajar kerana secara langsung pelajar itu akan bercakap dan mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara sendiri," jelasnya.

Berkongsi pengalamannya sendiri, Yasmin berkata, bapanya sendiri menggunakan pendekatan psikologi untuk mengatasi kesalahan yang dilakukan.

Dalam pada itu tambah Yasmin, ibu bapa tidak boleh salahkan guru dan guru juga tidak sepatutnya salahkan ibu bapa kerana kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam mendidik.

Pada masa sama dia mengucapkan tahniah kepada guru kerana terus mendidik serta mencurahkan ilmu yang bermanfaat kepada pelajar dan berharap guru masa kini tahu bagaimana cara untuk mengawal pelajar.

Sementara itu, bercerita mengenai hari guru yang disambut setiap 16 Mei, Inti International Colleges & Universitie mengajak orang ramai untuk memberi ucapan dan penghargaan mereka dengan menggunakan hashtag #Dedicated2Cikgu.

Ucapan yang menarik akan dibaca oleh beberapa orang selebriti tanah air iaitu  Rozita Che Wan, Amar Asyraf, Elfira Loy, Fizz Fairuz dan kumpulan Forteen.
Yasmin Hani

Artikel Lain