suria

Fizi Ali, Shakilla Khoriri Tidak Bertegur

Fizi akui belum melakukan persiapan kahwin. Foto Instagram: @fiziali.

PENYAMPAI radio Suria FM, Fizi Ali mengakui kerap bergaduh dengan tunangnya, Shakilla Khoriri mengenai persiapan perkahwinan mereka.

Fizi, 29, berkata dia dan pelakon wanita itu pernah tidak bertegur selama dua minggu disebabkan sikap ego masing-masing.

"Perkara pertama yang membuatkan kami bergaduh adalah fasal kahwin. Sampaikan dia cakap saya tak ambil kisah bab tu.

"Kita ini pula lelaki, mana la tahu sangat. Kalau gaduh tu, masing-masing diam saja. Ada waktu ketika itu, kami bergaduh dua minggu tak bertegur.

"Mungkin sebab jarang dapat jumpa untuk berbincang. Tak tahu siapa nak mula dulu minta maaf. Dua-dua pula memang ada sikap egp yang tinggi," kata Fizi kepada mStar Online.


Jarang berjumpa punca Fizi dan Shakilla sukar untuk berbincang. 

Fizi ditemui ketika menjadi pengacara untuk majlis pelancaran album terbaru Ir Radzi, Sempurna di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut Fizi lagi, mereka terpaksa menundakan tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 31 Disember lalu ke 18 Februari depan disebabkan belum buat sebarang persiapan.

Biarpun kurang dari dua bulan, Fizi memberitahu dia hanya sekadar baru buat persediaan dokumen untuk bernikah.

"Sepatutnya kami bernikah pada 31 Disember lalu tapi terpaksa tunda sebab ada masalah sedikit dan kami belum ada sebarang persiapan.

"Jadi, majlis akan berlangsung pada 18 Februari depan. Tapi kad kahwin pun belum buat lagi. Segala persiapan pun tak ada lagi.

Bakal berkahwin pada 18 Februari depan.

"Yang ada cuma sekadar cop dokumen nikah sahaja. Masing-masing tak ada cuti. Sekarang ini pun, kami cari barang hantaran untuk diri sendiri je dulu," ujarnya.

Bagaimanapun, pasangan ini sudah menerima beberapa tajaan iaitu dewan, busana dan pelamin.

"Alhamdulillah, kami ada terima beberapa tajaan iaitu dewan, busana pengantin dan pelamin untuk majlis tersebut.

"Insya-Allah majlis itu akan diadakan di Dewan Mara Junction, Kuala Lumpur," katanya.

Penyampai segmen Suria Pagi dan Shakilla bertunang pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Fizi Ali, Shakilla Khoriri, Suria FM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain