suria

Pelakon kanak-kanak dikecam warganet gara-gara kongsi kisah cinta, bapa enggan campur urusan peribadi anak

Hubungan cinta Duerra Mitilda dengan Hezriq Shah menerima kecaman ramai.

PERKONGSIAN pelakon cilik Duerra Mitilda di Instagram mengenai hubungan cintanya dengan pelakon Hezriq Shah yang mendapat restu kedua keluarga mengundang kecaman netizen.

Warganet berpendapat, Mitilda yang kini berusia 10 tahun dan Hezriq, 13, masih terlalu muda dan belum sesuai untuk menjalinkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kahwin kanak-kanak 11 tahun turut dedah mereka bercinta sejak 4 tahun lalu

Bapa Mitilda yang ingin dikenali sebagai Amir enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia melibatkan hal peribadi anaknya.

Hezriq dan Mitilda secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka di laman sosial.

"Saya dan isteri yang menjaga dan menguruskan Mitilda. Jadi, saya rasa isu ini tidak perlu la nak dipanjangkan.

"Pada saya, biarlah netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu. Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.

"Ini hal peribadi anak saya dan urusan keluarga saya. Saya harap semua boleh doa yang baik-baik sahaja," katanya kepada mStar.

Mitilda dan Hezriq dilihat sangat terbuka berkongsi foto dan kisah cinta mereka di laman Instagram yang dikendali ibu bapa masing-masing.

Pada saya, biarlah saja netizen nak buat andaian atau spekulasi mengenai perkara itu. Kalau mereka melihat secara baik, maka baik la begitu dan sebaliknya.

AMIR

BAPA MITILDA

Dalam pada itu, Amir memberitahu dia dan isterinya mendidik kanak-kanak itu untuk tidak merahsiakan sesuatu perkara daripada mereka.

"Kami didik anak kami supaya tiada rahsia, dari hujung rambut sampai hujung kaki mereka akan cerita dekat kami.

"Kami bentuk kepercayaan dan kejujuran supaya mereka tidak memberontak dan membuat perkara yang tidak betul di belakang kami," ujarnya.

Hezriq Shah, Duerra Mitilda

Artikel Lain