suria

Gara-gara diet melampau, Ariff Bahran hidap apendiks - “Tak perlu pembedahan lagi, hanya makan ubat dulu”

Diet melampau mungkin menjadi punca Bahran menghidap apendiks.

DISERANG sakit perut berpanjangan menyebabkan penyanyi Ariff Bahran ditahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor sejak Khamis lalu.

Menurut Bahran, 22, doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati dia menghidap penyakit apendiks dan perlu mendapatkan rawatan segera.

"Dua hari sebelum masuk wad, saya alami sakit perut yang teruk, rasa memulas dan tak selesa sehingga terpaksa pergi klnik... mulanya ingat sakit sebab angin dalam perut!

ARTIKEL BERKAITAN: Ariff Bahran terus bertegas Sarah Suhairi bukan teman wanitanya!

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat apa nak sorok?” - Peminat patah hati, Ariff Bahran kongsi gambar mesra dengan gadis bertindik hidung

"Selepas buat pemeriksaan, doktor dapati saya kena apendiks dan perlu tahan di wad untuk rawatan lanjut.

"Buat masa ini doktor kata tiada keperluan lagi untuk saya jalani pembedahan membuang apendiks itu, hanya makan ubat dan jalani rawatan di hospital sahaja," katanya kepada mStar.

Bahran ditahan di wad sehingga penyakitnya benar-benar pulih.

Sementara itu, Bahran berkata kemungkinan diet melampau menjadi penyebab dia mendapat penyakit tesebut.

"Awal bulan ini saya mula berdiet dan tak makan sangat sebab ada yang kata badan saya dah mula naik.

Apa-apa pun terima kasih kepada peminat, rakan selebriti dan kawan-kawan yang mendoakan supaya saya cepat pulih!

ARIFF BAHRAN

PENYANYI

"Dua hari saya tak makan berat, mungkin silap makan pedas baru-baru ini menjadi faktor saya mendapat apendiks," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bicara Rasa ini memberitahu jika penyakitnya ini masih belum sembuh dia terpaksa menangguhkan penggambaran video muzik (MV) lagu terbaharunya.

Rakan artis bagi sokongan di laman sosial.

"Mujurlah minggu ini saya agak free, jadi tak mengganggu jadual kerja... cumanya yang dah pasti minggu depan akan bermulanya penggambaran MV lagu terbaharu saya.

"Kalau keadaan masih belum baik, nampaknya terpaksalah tangguh dulu sehingga kesihatan saya benar-benar sembuh.

"Apa-apa pun terima kasih kepada peminat, rakan selebriti dan kawan-kawan yang mendoakan supaya saya cepat pulih," katanya.

Ariff Bahran

Artikel Lain