suria

Raja Ilya mahu cuba kaedah bersalin dalam air

Ilya teruja mahu menyambut kelahiran pertama.

DIJANGKA bersalin pada Julai nanti, pelakon Raja Ilya memberitahu dia mahu mencuba kaedah bersalin secara normal dalam air (water birth).

Selain itu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, berkata, dia turut menyertai kelas latihan penyusan ibu sebagai persediaan menyambut kelahiran anak pertamanya.

“Sememangnya teruja untuk menunggu kelahiran cahaya mata kami Julai nanti. Saya telah minta untuk melakukan proses bersalin secara normal dan kaedah dalam air.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya hamil lima bulan, tak mengidam makan macam-macam... Tapi rindu nak balik Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Fasa ‘honeymoon’ tiga tahun berakhir, Raja Ilya sedia jadi ibu... Sedih tak sempat pulang ke Malaysia

“Bagaimanapun itu semua bergantung kepada tahap kesihatan dan nasihat doktor. Jika tidak ada masalah doktor akan izinkan.

“Apabila bergelar itu semestinya saya mahu berikan susu badan kepada bayi kami nanti. Tetapi ada rasa sedikit kurang yakin dan disebabkan itu saya ambil kelas penyusuan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi tentang persiapan pula, kata Ilya semuanya berjalan lancar dan dia banyak membaca tentang cara-cara penjagaan bayi selain mendapat nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan.

Ketika awal mengandung dahulu bagaikan tidak percaya, tetapi sekarang ini bayi memang kerap menendang dan ia membuatkan saya benar-benar tahu inilah perasaan menjadi seorang ibu

RAJA ILYA

PELAKON

Dalam masa sama, perasaan sebenar bakal menjadi ibu benar-benar dirasakan apabila usia kandungan kini sudah enam bulan dan bayi dalam kandungan mula aktif serta kerap menendang.

“Ketika awal mengandung dahulu bagaikan tidak percaya, tetapi sekarang ini bayi memang kerap menendang dan ia membuatkan saya benar-benar tahu inilah perasaan menjadi seorang ibu.

“Persiapan menyambut kelahiran semuanya berjalan lancar. Saya banyak membaca dan buat research sendiri. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama, jadi semuanya tidak tahu lagi.

raja ilya raya 2

Ilya mengikut suami menetap di Australia.

“Syukur ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi nasihat. Mereka beritahu apa yang perlu dan tidak dalam penjagaan baik,” jelasnya.

Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain