MELAKA: Keputusan seri 0-0 dalam perlawanan antara Harimau Malaysia dan Macau malam tadi perlu diambil sebagai pengajaran bagipasukan itu bangkit bagi menghadapi perlawanan seterusnya di masa akan datang.
Ketua pasukan Malaysia Mohd Amri Yahyah berkata pasukan negara perlu memperbaiki tindakan penyudah dan belajar untuk mengekalkan fokus sepanjang permainan.
"Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, namun kita telah cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut. Kita gagal untuk menjaringkan gol saya sendiri pun dapat mencipta peluang tetapi gagal menjaringkn gol.
Kecewa tetapi kita terima keputusan perlawanan ini. Kepenatan bukanlah faktor kita gagal kali ini, tetapi mungkin faktor lain di mana kita terlalu leka untuk mencari gol dan ada sedikit hilang fokus," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata harapan untuk menang ke atas Macau berada di kedudukan ranking lebih rendah iaitu ke-195 berbanding Malaysia di tangga 166 memberikan sedikit tekanan namun menegaskan tekanan bukan alasan untuk Harimau Malaysia mencatat kemenangan.-Bernama