suria

Ridzuan Puzi raih tempat keempat final 100m T36

Mohamad Ridzuan (kanan) dalam acara 100m T36, pada Sabtu. foto Bernama

ATLET olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih tempat keempat pada final acara meter (m) T36 (celebral palsy) di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Sabtu.

Bertempat di Stadium Olimpik pada pagi Sabtu, Mohamad Ridzuan terpaksa akur dengan catatan 12.15 saat.

Pemegang rekod dunia dari Australia, James Turner turut terlepas merangkul pingat emas, sebaliknya di tempat kedua, dengan catatan 12.00 saat.

Pingat emas menjadi milik atlet China, Yang Yifei dengan catatan 11.85 saat, sementara pingat gangsa milik Alexis Sebastian Chaves dari Argentina dengan 12.02 saat.

Pada 2016, Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara dalam Sukan Paralimpik menerusi acara 100m T36 lelaki pada temasya di Rio de Janeiro.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain