suria

"Mengarut! Kenapa biar kerajaan dera Najib?" - Sahara Yaacob lantang pertahan bekas PM

PENYANYI veteran, Sahara Yaacob lantang menyuarakan bantahan terhadap penahanan terbaharu Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada Rabu.

Penyanyi 80-an yang digelar Tina Turner Malaysia itu berkata, rakyat Malaysia seharusnya bangkit membantah penahanan tersebut yang dianggap bercanggah dengan undang-undang.

"Najib adalah pemimpin Islam yang banyak berjasa kepada rakyat, apabila dia ditimpa masalah dan kita abaikan...saya rasa ia adalah tindakan yang salah.

"Apabila dia dalam kesusahan dan kita take it too cool, too easy...this is not OK," katanya.

Sahara, 62, menyatakan demikian ketika menyertai beberapa penyokong Najib berhimpun sebagai tanda solidariti mereka terhadap bekas perdana menteri itu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perhimpunan itu diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam.

Najib hari ini ditahan oleh SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Sahara Yaacob, Najib Razak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi