suria

Inti melimpah, Pau Pak Ngah Ampang cita rasa Itali

PAU berinti kaya, kacang merah atau kari ayam dan daging mungkin sudah terlalu biasa.

Namun gerai yang terletak di Taman  Bukit Indah Ampang ini memiliki tarikan pau yang tersendiri.

Daripada 10 jenis pau yang dijual di sini, citarasa Itali iaitu cheezy beef bolognese dan chicken carbonara antara yang menjadi pilihan pengunjung.

Menurut pengusahanya, Muhammad Afiq Roslan, inovasi dua perasa pau yang baharu diperkenalkan akhir tahun lalu berjaya mencetuskan fenomena.

"Sebenarnya perniagaan ini dikendalikan oleh ayah sejak tahun 1999. Ketika itu kami mula menjual dengan tiga perasa sahaja iaitu kaya, kacang merah dan kelapa.

"Kemudian ayah tambah inti kari daging, kari ayam dan coklat," katanya.

Menurut pemuda berusia 27 tahun ini, mereka menghasilkan sehingga 1,000 biji pau setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Alhamdulillah sambutan yang kami terima daripada pelanggan sangat menggalakkan.

"Ramai pelanggan akan datang untuk 'repeat' balik. Ada juga yang datang untuk beli pau sejuk beku," katanya.

Harga pau bermula dari RM1.95 bagi rasa klasik, RM2.45 untuk rasa tempatan dan RM3.35 untuk inti premium.

Apa yang pasti, Pau Pak Ngah sangat gebu, lembut dan berinti padat! Anda tidak akan gigit roti kosong.

Alamat: Cawangan Pau Pak Ngah di Ampang & Puchong

Nombor telefon: 013 203 2168



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi