suria

Asyik main PUBG, Tajul lupa layan pengikut Instagram

PENYANYI Tajul mengakui 'ketagihan' bermain permainan video di telefon bimbit membuatkan dia jarang melayari laman sosial Instagram.

Menurut Tajul, 20, dia leka bermain permainan itu sehingga terlupa untuk berinteraksi bersama pengikut di laman tersebut.

"Saya jarang online Instagram sebab asyik main PUBG, sampai lupa, sebab leka main game.

"Kalau teringat baru lah layan Instagram sekejap.

"Lagipun saya sibuk dengan famili, kawan-kawan. Bila ada masa free memang itu waktu saya bertemu dan luangkan masa bersama mereka," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, penyanyi lagu Aku Serius ini menasihati pelayar permainan video supaya tidak terlalu leka bermain sehingga mengganggu aktiviti harian.

"Boleh main, tapi jangan sampai tak buat kerja pula.

"Jangan fokus sangat main sampai tidur lambat. Nanti mengganggu kesihatan," katanya.

Tajul, PUBG


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi