suria

Zaaim Juara Mentor 7 sanggup buat apa sahaja untuk pastikan bakat tak malap

JUARA Mentor 7, Zaaim Abdullah berkata dia tidak akan mengalah dan terus berusaha untuk kekal berada dalam industri seni suara setelah meraih gelaran tersebut, Ahad lalu.

Zaaim, 27, turut memberitahu dia tidak terkesan dengan andaian sesetengah pihak kononnya dia akan menghilang sejurus program tersebut.

"Ya, ada yang kata saya akan hilang selepas program ini, tapi apa boleh saya kata... saya akan berusaha untuk terus kekal berada di sini.

"Saya akan buat apa sahaja untuk capai impian bergelar penyanyi dan tak akan sia-siakan peluang diberi.

"Sejujurnya, saya tak terkesan dengan kata-kata tersebut, sebaliknya itu membuatkan saya lebih bersemangat lagi," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, protege kepada penyanyi Siti Nordiana ini turut menyatakan tiga impiannya sejurus memenangi program tersebut.

"Pertama sekali saya nak bawa ibu saya menunaikan umrah, itu memang benda paling saya impikan.

"Keduanya, saya nak ada lagu nyanyian sendiri.

"Ketiga saya nak tunjukkan bakat saya dan tak mahu terus hilang daripada bidang ini setelah berakhir program Mentor," katanya.

Zaaim, Mentor


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi