suria

“Ada yang maki kata saya pelacur, ada juga buat tawaran lumayan” - Baby Shima

SELEPAS terpalit dengan dakwaan terlibat dengan aktiviti pelacuran, penyanyi Baby Shima terus menjadi mangsa buli siber.

Menurut Shima, meskipun isu berkenaan dianggap selesai selepas pihak berkenaan mengakui berlakunya kesilapan dalam laporan awal berita, namun dia masih menerima kecaman netizen menerusi Instagram.

"Ada netizen yang terus memaki saya sebagai pelacur dan nak tawarkan bayaran untuk aktiviti tersebut.

"Nama saya agak tercalar sebab isu ini melibatkan maruah. Agak memalukan dan berasa kecewa kerana kejadian ini buatkan orang luar memaki saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini bersyukur kerana masih mendapat sokongan teman dan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan nama saya!” - Baby Shima terkejut dikaitkan dengan aktiviti pelacuran di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap terima mesej dan foto lucah, Baby Shima buat report polis

Malah, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan dugaan bergelar seorang anak seni.

"Ada rakan artis di Indonesia menghantar pesanan panggilan serta mesej dan memberikan kata-kata semangat serta menyokong tindakan laporan polis yang saya buat.

"Malah, mereka turut berasa geram apabila membaca komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen itu.

"Apa-apa pun saya ingin berterima kasih kepada peminat yang terus menyokong dan itu membuatkan saya lebih kuat berdepan ujian ini," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Baby Shima


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi