suria

Baby Shima masih dipandang serong isu dakwaan melacur

PENYANYI Baby Shima berkata masih terdapat segelintir pihak yang memandang serong terhadapnya susulan isu dakwaan terlibat dengan aktiviti pelacuran dalam.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, sungguhpun itu berkenaan sudah diselesaikan sekitar Januari lalu, dia masih menerima komen negatif netizen.

"Setakat ini tiada kesan buruk menimpa saya rentetan isu pelacuran itu, namun masih wujud segelintir pihak melemparkan kata-kata negatif terhadap saya.

“Namun nasib baik isu terbabit diselesaikan dengan cepat dan ia tidak menganggu sebarang persembahan saya di Indonesia," katanya kepada mStar Online.

Shima, 27, ditemui semasa majlis pelancaran sebuah jenama alat karaoke pintar pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Roadblock Hatiku duet bersama Floor 88 ini berkata dia bakal melancarkan single dangdut terbarunya dalam masa terdekat.

“Saya baru sahaja selesai merakamkan single terbaru yang dirancang untuk dilancarkan sedikit masa lagi.

“Saya masih mengekalkan muzik dangdut dan ia akan dipasarakan untuk pasaran Indonesia dan Malaysia biarpun saya sedar muzik dangdut agak sukar untuk mendapat tempat di hati pendengar tempatan,” tambah Shima.

baby shima


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi