BAK kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu yang boleh dikaitkan dengan rezeki Azarra Band yang pada mulanya sudah putus harapan untuk meneruskan perjuangan mereka dalam industri seni tanah air.
Berkat ditawarkan untuk bernaung di bawah label MVM Music, kumpulan yang dianggotai Ejai, Kid, Rops dan Boi ini secara tiba-tiba menjadi sensasi apabila single berjudul Alalala Sayang berjaya mendapat lebih 3 juta kali tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan.