PENDUDUK di sekitar Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang dikejutkan dengan fenomema belalai air atau waterspout pada Isnin.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, jelas kelihatan zink bumbung daripada satu tapak pembinaan berterbangan di udara.
Tinjauan awal mendapati banyak rumah, gerai dan harta awam mengalami kerosakan akibat kejadian berkenaan.