suria

Dilabel 'buta fesyen', Sarah Suhairi kata "netizen Malaysia yang tak ready nak tengok"

PENYANYI Sarah Suhairi mengakui masih celaru dalam berfesyen terutamanya ketika menghadiri acara-acara hiburan.

Sarah, 19, menjelaskan dia juga sering 'terperangkap' dalam situasi memeningkan untuk menyarung busana yang sesuai dengan usia.

“Saya akui terlalu muda untuk berfikir tentang fesyen yang matang, kadang-kadang timbul rasa celaru tentang fesyen apa yang terbaik untuk saya kenakan ketika menghadiri acara karpet merah dan seumpanya.

"Saya tak nak nampak terlalu budak-budak atau kelihatan terlalu berusia," kata Sarah kepada mStar Online.

sarah suhairi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi