suria

"Muka je puaka, hati tak puaka" - Sharifah Shahira

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahira meluahkan rasa terkejut apabila ramai pihak termasuk kenalannya sendiri mendakwa dia merupakan individu disebalik akaun Instagram Makcik Puaka.

Malah kata Sharifah, 45, individu yang rapat dengannya juga menasihatkan supaya dia mengaku sebagai pengendali laman yang sering berkongsi cerita-cerita kontroversi dunia artis.

“Terkejuta juga sebenarnya apabila ada juga yang mempercayai tuduhan tersebut, namun peminat yang mengenali saya pasti akan tahu karakter saya yang sebenar.

“Lebih menarik apabila ada beberapa kenalan cuba memujuk saya untuk mengakui sayalah individu disebalik akaun itu,” kata Sharifah kepada mStar.

Sebelum ini pelakon Datuk Fizz Fairuz membuat laporan polis pada 16 April lalu terhadap pemilik akaun Insatgram Makcik Puaka yang didakwa menyebarkan fitnah kononnya beliau sebagai pelaku khalwat.

Pemilik Instagram tersebut kini berdepan tindakan undang-undang.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi