PELAKON Syafiq Kyle berkata dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan istimewa dengan Mimi Lana walaupun ia mula dihidu peminat sejak sekian lama.
Kata Syafiq dia mempunyai pendirian tersendiri dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum.
"Saya tak berapa hard sell sangat dalam perhubungan saya. Bukan semua orang nak tahu hal peribadi, saya ada cara tersendiri," katanya kepada mStar.