suria

Rupa-rupanya Zarina Zainuddin masak pulut kuning untuk Tun M

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila pulut kuning hasil air tangannya menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Zarina, 49, ini merupakan tahun ketiga dia memasak juadah yang dihidangkan bersama rendang itu disajikannya sempena ulang tahun kelahiran pemimpin berusia 95 tahun berkenaan.

“Alhamdulillah saya amat bersyukur juadah hasil air tangan saya sekali lagi menjadi pilihan untuk dihidangkan kepada Tun Mahathir," katanya kepada mStar.

Sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir ke-94 yang jatuh pada 10 Julai, pulut kuning Zarina menjadi pilihan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk dihadiahkan kepada negarawan itu.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi