suria

“Jangan panggil saya pengarah, cukuplah filem itu pertama dan terakhir!” – Raja Azmi

PENERBIT dan penulis novel Raja Azmi berkata dia semakin selesa bergelar pelakon berbanding terlibat dalam bidang pengarahan.

Bagaimanapun, Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, pengalaman pertama sebagai pelakon jemputan memberi kenangan lucu apabila dia terlalu takut sehingga terkencing di dalam seluar.

“Saya baru sedar rupanya berlakon ni memang satu pengalaman yang buat kita rasa enjoy, memang saya sukakan kamera di awal pembabitan dalam industri seni namun hanya sebagai diri sendiri dan bukan sebagai pelakon.

“Bayangkan saya pernah terkencing dalam seluar semasa membawa watak cameo dalam filem pertama terbitan saya sendiri pada tahun 1994. Namun semuanya berubah sekarang ini apabila jadual saya sudah penuh untuk berlakon pelbagai drama dan saya akui berasa rugi lambat memulakan karier lakonan,” kata Raja Azmi kepada mStar.

Dalam pada itu, bercakap bidang pengarahan pula, Raja Azmi yang pernah mengarahkan sebuah filem berjudul Enjin No 9 mengakui ia tidak sesuai dengan dirinya.

Malah, Raja Azmi berkata, dia tidak mahu digelar sebagai seorang pengarah.

“Orang keliru dan sangka saya seorang pengarah, tolong jangan panggil saya pengarah. Saya penerbit tapi pernah mengarah satu sahaja filem sepanjang hidup saya dan ia mungkin yang terakhir.

“Saya tidak suka jadi pengarah kerana kita terpaksa terikat dengan lain-lain arahan orang atasan kita, tiada kebebasan untuk kita menghasilkan karya itu sendiri,” ujarnya.

raja azmi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi