suria

“Jam ni ayah hadiahkan, bukan...” - Sarah Suhairi bagi ‘hint’ masih solo

JIKA sebelum ini penyanyi Ariff Bahran mengesahkan sudah mempunyai kekasih hati, namun pasangan duetnya, Sarah Suhairi nampaknya masih belum menemui pasangan yang sesuai.

Menurut Sarah, 19, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya selain mengisi masa lapang dengan aktiviti kegemarannya iaitu menunggang kuda.

“Seperti yang ramai tahu, saya memang sukakan aktiviti sukan berkuda. Ada satu kejadian saya terjatuh sehingga mengalami kecederaan.

“Malah jam tangan kesayangan yang dihadiahkan ayah juga tercalar. Walaupun dah calar, tapi sayang sangat jam ni sebab ayah yang bagi. Dah tak ada teman lelaki, siapa lagi nak beri hadiah sebegini kalau bukan ayah,” kata Sarah berseloroh.

sarah suhairi


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi