suria

What The! Sky dan Thanaerng disuruh makan rempeyek dan biskut kelapa, sedap ke tidak?

PELAKON drama bersiri popular Thailand Sky Wongravee dan Thanaerng teruja berada di Malaysia sempena dimsum Thai Pop 2019.

Bagi Sky, 21, ini adalah kali kedua datang ke Malaysia dan sangat menyukai makanan di sini iaitu satay dan roti canai.

“Saya pernah datang ke Malaysia bersama rakan universiti untuk lakukan kajian dan kali ini saya sempat menjamah satay dan roti canai,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Thanaerng turut gembira dapat bersama peminat di Malaysia dalam konsert dimsum Thai Pop 2019.

“Saya memang tidak menyangka malam itu ramai yang menunggu kami dan ia memang menakjubkan,” ujarnya.

Menerusi segmen What The! T.H memberi cabaran kepada Sky dan Thanaerng untuk mencuba makanan Malaysia iaitu rempeyek dan biskut kelapa.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi