EPISOD #bizibody minggu ini kita bersama penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shiera membeli-belah di KWC Fashion Wholesale, Kuala Lumpur.
Shiera bagaimanapun tidak keseorangan apabila dia turut ditemani oleh seorang peminat bertuah, Sisqa.
Mereka berdua ditugaskan untuk mencari pakaian bertemakan glam & stylish.
Wow! Memang tak silap tempat, KWC Fashion Wholesale ada pelbagai jenis fesyen pakaian untuk wanita muslimah modest bersesuaian dengan kempen #ChantikberGAYA.
Ayuh saksikan gelagat Shiera sepanjang shopping di KWC Fashion Wholesale yang menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan tagline I love fashion pada harga borong.