suria

“Kami dah macam sisters, tak rasa nak cemburu” - Azira Syafinaz bangga dengan rezeki solo anggota De Fam

PELAKON dan penyanyi Azira Syafinaz memberitahu dia tetap akan mengutamakan kumpulan De Fam walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

Menurut Azira, 28, tidak timbul isu De Fam akan berpecah meskipun masing-masing dilihat semakin aktif dengan kerjaya solo.

“Semestinya kami akan mengutamakan De Fam walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sampingan sendiri. Apa yang kami lakukan sekadar mengisi waktu terluang sahaja.

“Tidak timbul isu De Fam ingin berpecah dan bagi saya tiada masalah ada kerjaya lain yang penting adalah utamakan De Fam,” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, persahabatan sejak 2009 membuatkan tiada lagi sifat cemburu antara mereka dan dia turut berbangga dengan kejayaan ahli kumpulannya yang lain.

Azira Syafinaz


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi