suria

Zara Zya doakan bisnes char kuey teow Hafreez Adam laris - “Memang masakan dia sedap”

PELAKON Zara Zya berkata dia berasa ralat kerana tidak dapat meneruskan perniagaan kedai makan yang diusahakannya.

Zara, 35, bagaimanapun menjelaskan penutupan Suka Makan Restaurant itu tiada kena mengena dengan insiden putus tunang antara dia dengan aktor Hafreez Adam Oktober lalu.

“Kedai makan dah tutup, saya buka kedai tu untuk dijaga oleh kakak saya namun timbul masalah teknikal yang membuatkan tiada siapa lagi dapat uruskan kedai tersebut. Memang mengecewakan, tapi saya taknak teruskan kerana takut ia bakal mengundang perkara lebih buruk.

“Sampai sekarang masih ramai yang datang ke kedai, maklumlah papan tanda pun tak turunkan lagi. Namun saya nak tegaskan penutupan restoran yang sudah beroperasi lebih lima bulan itu langsung tiada kena mengena dengan isu putus tunang antara saya dan juga Hafreez Adam,” kata Zara kepada mStar.


zara zya, hafreez adam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi