suria

Atilia jadi mangsa buli siber, akui moral dalam Dansa Dan Sing terganggu

PENYANYI dan peserta program Dansa Dan Sing, Atilia Haron menjelaskan dia tidak terkesan dengan buli siber apabila penyertaannya dalam program tersebut disifatkan seakan-akan mengaibkan diri sendiri.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 46, bagaimanapun berkata cacian yang diterima sedikit sebanyak menjatuhkan moral ahli kumpulannya yang turut disertai pelakon Yasmin Hani.

“Saya tak kisah sangat dengan benda begini, saya tahu di mana kedudukan saya selepas lebih 25 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan. Namun buli siber yang mereka lakukan adalah sesuatu perkara yang tak cool, tolong hentikan.

Tipulah kalau moral kami tak terganggu apabila dihina dan dikeji, sebab itulah kami pilih tema shut your mouth minggu ini. Memang kami cuba sampaikan kepada haters supaya tutup sahaja mulut kalau tiada perkara baik yang ingin diperkatakan,” kata Atilia kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bahagiaku ini berpuas hati meskipun dia dan kumpulannya iaitu The Lola tersingkir pada malam konsert minggu keempat program Dansa Dan Sing.

Atila, Dansa dan Sing


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi