suria

Berani ‘jentik’ penunggang agama, Kmy Kmo & Luca Sickta lega - “Setakat ini kami belum terima ugutan bunuh”

DUO rap Kmy Kmo dan Luca Sickta meluahkan rasa lega apabila lagu terbaharu mereka bersama Datuk M Nasir tidak mendapat sebarang respons negatif biarpun memaparkan isu sensitif seperti golongan penunggang agama.

Malah Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkata, mereka berdua mampu menarik nafas lega kerana mesej yang cuba disampaikan dapat difahami dengan baik.

“Karakter yang kami pilih untuk paparkan dalam klip video Zuhud memang memaparkan situasi individu penunggang agama. Udara di luar ketika ini terlalu negatif dan kita sudah tidak mampu menilai seseorang itu hanya daripada wajahnya.

“Tak kira apa sahaja pekerjaan, pakai topi mahupun songkok, pasti ada golongan sebegitu. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi ugutan bunuh, kebanyakan pendengar memberi maklum balas yang positif,” kata Kmy kepada mStar.

kmy kmo, luca sickta


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi