PELAKON Eyra Hazali memberitahu dia tidak menjangka bakal dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
Namun kata Eyra atau nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 21, hatinya terdetik untuk membuat ujian kehamilan selepas menonton satu iklan di YouTube.
“Mula-mula saya cuba buat ujian sendiri, tak sangka pula keputusannya positif. Saya panggil kawan Haziq dulu sebab nak buat kejutan.
“Saya tak tahu sangat tentang JB... memang ada idea untuk buat kejutan tapi tidak sangka seawal ini... Alhamdulillah rezeki kami awal,” katanya kepada mStar.
Mengenai kerjaya lakonan, pelakon filem Ratu Kala Jengking ini akan berhenti mengambil tawaran berlakon buat sementara waktu kerana ingin memberi tumpuan kepada kehamilannya.