PELBAGAI cerita viral yang panas menjadi tumpuan netizen sepanjang minggu ini.
Antaranya, seorang lelaki teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi tips untuk melepasi sekatan jalan raya.
Kisah seorang wanita yang membuat perkongsian di Facebook akhirnya menyelamatkan seorang pelancong Rusia yang terkandas.
Tak kurang juga kisah menyentuh hati di mana seorang rider gigih menghantar pesanan makanan pelanggannya walaupun baru terbabit dengan kemalangan.
Paling hangat tentunya teori penularan wabak Covid-19 yang didedahkan oleh sebuah akhbar luar negara, The Mail.