JIKA anda 'kaki' Mobile Legends, semestikan sering berhadapan dengan pemain yang gemar menggunakan perkataan baharu atau lebih dikenali sebagai ayat 'budak Wechat'.
Hal ini menyebabkan berlakunya salah faham kerana sukar untuk memahami sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh ahli pasukan anda.
Namun, ada juga perkataan ringkas tetapi sering digunakan oleh pemain antarabangsa adalah 212 yang membawa maksud kedudukan formasi hero.
Baru-baru ini, perkataan Coki pula kerap disebut oleh segelintir pemain, namun masih ada yang tidak tahu apakah maksudnya.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!