suria

Ramai naik meluat tengok Zara Zya mengada-ngada dalam Korban Kasih, watak gadis belasan tahun tak kena! - “Saya dah buat yang terbaik”

PELAKON Zara Zya berkata dia sedar ada pihak yang kurang senang dengan lakonan mengada-ngada ketika membawakan watak Imah menerusi drama rantaian Korban yang kini sedang ditayangkan.

Namun menurut Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, mereka yang mengkritik gaya manja Imah mungkin terlupa kira-kira sepuluh tahun sebelum ini kebanyakan kanak-kanak belasan tahun memang berperangai sebegitu berbanding remaja zaman sekarang.

“Ada yang tak boleh terima watak manja Imah yang dianggap terlalu manja dan bersikap kebudak-budakan. Namun mereka silap, secara realitinya sepuluh tahun lepas memang remaja sebaya watak Imah berperangai sebegitu.

“Cuma zaman sekarang yang berubah bila kita sendiri tak dapat bezakan umur kanak-kanak yang sedang membesar dek kematangan mereka, namun saya dah cukup bersyukur apabila ada yang terhibur dengan watak yang saya mainkan dalam drama Korban Kasih ini, ” kata Zara kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Zara Zya, Korban Kasih


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi