suria

Dayang Nurfaizah komen isu Nabila Razali ‘terkucil’ masa live - “Jangan terus kutuk dia, kena faham situasi masa tu”

PENYANYI Dayang Nurfaizah meminta orang ramai memberi peluang kepada penyanyi Nabila Razali yang menjadi bahan jenaka netizen setelah 'terkucil' semasa menyanyi secara langsung dalam satu program TV baru-baru ini.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 39, berkata, dia juga pernah mengalami nasib sama sepanjang lebih 20 tahun bergelar penyanyi.

“Bagi saya setiap penyanyi ada hari yang best, ada hari yang tak best. Tak mungkin setiap hari dapat menyanyi dengan sempurna. Ada hari kita tak sihat dan sebagainya walaupun memang sudah sedaya upaya untuk memberikan persembahan terbaik.

“Jangan terus 'hukum' seseorang itu tak boleh menyanyi, kadang-kadang kita kena cuba fahami situasi yang dihadapinya. Malah saya sendiri ada hari yang saya rasa menyanyi dengan tidak sempurna, namun saya tanamkan dalam hati untuk beri yang lebih baik dalam persembahan seterusnya, ” kata Dayang kepada mStar.

Penyanyi lagu X Missing You ini berkata demikian semasa sesi temubual secara maya bagi mempromosikan lagu raya pertamanya berjudul Di Pagi Raya Ini.

Lagu yang mendapat sentuhan Datuk Ahmad Izham Omar dan Audi Mok ini mula dilancarkan awal minggu lalu dan dihasilkan khas buat petugas barisan hadapan yang sanggup berjuang demi kesejahteraan masyarakat biarpun di musim perayaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dayang Nurfaizah, Nabila Razali


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi