SELEPAS sekian lama nama Erra Fazira tidak lagi dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Shahir Zawawi, aktres itu mengakui mereka masih berhubung antara satu sama lain.
Malah Erra yang terkenal dengan jolokan primadona filem Melayu alaf baharu itu juga berkata dia dan penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu masih bertemu bila ada kelapangan.
“Kami masih berhubung, kalau ada masa lapang kami akan keluar bersama bermain badminton. Cuma mungkin sekarang ni amat jarang bertemu... tapi yang penting status kami adalah sekadar kawan, ” kata Erra kepada mStar.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!