suria

What The! Cuba try main dram... berguru dengan Nur Amira Syahira pun tetap kelaut!

MULA bergiat aktif bermain alat muzik sejak berusia lapan tahun, pemain dram terkenal Nur Amira Syahira mengakui saluran YouTube menjadi antara platfom untuk menjana pendapatan.

Amira, 17 tahun, berkata dia seronok menjadi seorang YouTuber kerana bebas untuk berkarya dan kini memiliki lebih daripada 2.2 juta pengikut.

“Saya seronok menjadi YouTuber sebab lebih freedom dan tak kisah kita nak buat apa contohnya blog, cover atau belakon... no hal, ” katanya.

Dalam pada itu Amira berkata, untuk menjadi pemain dram ia memerlukan minat yang mendalam kerana selain faktor alat muzik berkenaan yang berharga tinggi.

“Nak main dram kena tanam niat betul-betul sebab harga set dram ini mencecah belasan ribu ringgit.

“Saya bersyukur sebab dapat dorongan yang kuat daripada ibu bapa, bukan senang nak dapat satu set dram macam ini, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nur Amira Syahira, What The!,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi