suria

Hafiz Zainal mengaku masih ‘single’, terbuka hati cari pasangan - “Why not, mana tahu terjumpa jodoh!”

PESERTA Big Stage 2020, Hafiz Zainal bersedia dengan sebarang gosip cinta membabitkan dia dengan mana-mana penyanyi dalam program berkenaan.

Sebagai individu yang masih bujang dan belum mempunyai kekasih, Hafiz berpendapat gosip sedemikian adalah perkara biasa dalam sesebuah program realiti dan tidak mustahil berakhir dengan perkahwinan.

“Kenapa tidak? Sebelum ni banyak je kita dengar mereka gosip cinta... tiba-tiba dah kahwin. Jadi dalam hal ini hati saya terbuka... mana tau itu jodoh, tak salah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 2 markah, doktor gigi Hafiz Zainal terima komen ‘pedih’ Ajai dengan hati terbuka - “Dia juri, saya tak layak persoalkan apa dia cakap”

“Saya okay saja dijodohkan dengan mana-mana peserta, saya pun masih single lagi... rasanya tak ada masalah dalam hal ini, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi