suria

“Saya bukan alim sangat tapi ada pegangan” - Shuib rujuk ustaz, tak sanggup lihat ibu menangis setiap hari!

SETELAH hampir 10 tahun bergelar anak seni, pelawak Shuib mengakui hidupnya tidak pernah sunyi dengan kecaman dan kritikan daripada netizen.

Menurut Shuib, kecaman yang ditulis netizen itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keluarga terutama ibu serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

“Saya pernah kena hentam di media sosial kerana beberapa isu... kalau saya salah cakap saya akui dan minta maaf, tapi bila dah viral orang akan terus bercakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

“Saya terima kecaman itu dan tak cepat melatah... paling teruk emak dan isteri menangis dan bertanya mengenai isu tersebut sehingga saya terpaksa fahamkan mereka semula.

“Saya bila ada masalah akan rujuk semula dengan ustaz dan pakar motivasi untuk beri semangat kepada saya. Apa-apa pun kita percaya dengan ketentuan Allah dan yakin dengan apa yang kita buat!, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi