suria

“Ia video 2 tahun lalu” - Cik B mengaku pandu kereta ketika bawah umur, ibu sudah jumpa polis

ANAK kepada Datuk Seri Vida iaitu, Cik B mengaku dia adalah remaja yang dicari oleh pihak polis kerana memandu bawah umur.

Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, 15, berkata ibunya yang juga usahawan kosmetik sudah berjumpa pihak polis berhubung insiden berkenaan.

“Ya dalam video itu ia adalah saya. Ia tahun 2018, tapi (memandu) hanya di kawasan rumah sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah badan... Vida 'pancing' Cik B, nak hadiahkan Mercedes Brabus RM3.2 juta tapi bersyarat! - “Saya beri dia lima bulan”

“Masa mula-mula viral tak ada apa-apa tapi sebab ada kes baru babitkan budak berusia 9 tahun bawa lori... saya kena juga.

“Mama sudah jumpa polis dan mungkin isu ini sudah diselesaikan, ” ujarnya kepada mStar.

Tambah Cik B, dia menyerahkan kepada ibunya untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi