suria

Mas Idayu terpaksa pasang ‘bodyguard’, tak berani jalan sendirian - “Ada tiga atau empat orang... saya tak tipu!”

RATU dangdut Malaysia Mas Idayu memberitahu dia amat meminati perhiasan diri dan pernah menggayakan aksesori bernilai jutaan ringgit.

Ujar Mas Idayu, aksesori itu akan digayakannya ketika menghadiri majlis tertentu dan ada kalanya ia mencecah puluhan ribu ringgit.

“Set ini bernilai RM30,000... saya bukan 'datin-datin' tapi kalau ada kerja seperti ini (majlis hiburan) selalunya di tangan (perhiasan) saya mesti sesuatu yang berharga.

“Nampak saja macam aksesori tapi benda itu sangat berharga, ” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, jika dia memakai aksesori mahal dia akan ditemani beberapa pengawal peribadi untuk menjaganya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi