suria

Peminat Qody sejenis bitter? Shafinaz tegur sebutan Inggeris pun nak melenting tak tentu arah

SELEPAS berakhirnya konsert separuh akhir Big Stage 2020, juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat menjadi bualan warga Twitter berikut komen yang diberikan kepada peserta Qody Rany.

Qody yang menyanyikan lagu Rude pada pada konsert itu ditegur kerana mengalami masalah sebutan lirik lagu berbahasa Inggeris itu.

Segelintir pengguna Twitter berpendapat Syafinaz tidak sepatutnya menjadikan sebutan bahasa Inggeris Qody sebagai satu masalah dalam nyanyian kerana Qody berasal dari Kedah dan menyifatkan ia adalah education shaming.

Menerusi Kenot Brain kali ini, mStar berbincang tentang isu ini daripada pelbagai aspek bagi meneliti adakah wajar tohmahan diberikan kepada Syafinaz.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi