suria

Apak Khalifah bagi petua pikat Chombi, pengutip tin pun boleh cuba - “Tak salah mengurat, tapi jangan bawa keluar malam!”

PENYANYI dan juga komposer, Harry Khalifah memberitahu dia melakukan pelbagai pekerjaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu.

Selain mencipta lagu baharu, Harry atau lebih mesra disapa Apak ini berkata dia turut mengumpul tin kosong bagi menjana pendapatan sampingan.

Ditanya mengenai pembabitan dua anaknya iaitu Mizan dan Chombi sebagai penyanyi, Apak yang baharu sahaja melancarkan video muzik (MV) lagu Suaraku Syairmu berkata dia menyokong penuh minat anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis Apak Khalifah terkejut ‘stranger’ mesej ajak kahwin - “Saya beritahu masih bawah umur, tak boleh lagi”

Malah, Apak turut berkongsi petua jika ingin memikat anak perempuannya iaitu Chombi yang kini berusia 13 tahun.

Nak tahu apa pesanan Apak untuk bakal menantu? Tonton video yang disediakan mStar ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi