suria

“Saya memang lembut… tak macam lelaki gagah lain” - Instafamous Syafiq Naser ‘enjoy’ jadi diri sendiri, tak kisah dikecam

PESERTA Vokal Mania Nur Syafiq Naser tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang berhubung keperibadiannya yang berperwatakan lembut.

Ujar Syafiq, dia tidak terasa hati kerana sudah lali dengan situasi ini malah tidak pernah menyembunyikan perwatakannya sebenar menerusi video-video di media sosial.

“Memang saya dilahirkan macam ini, bukan saya sengaja buat-buat lembut tapi memang saya seorang yang lemah lembut, soft spoken dan tidak terlalu keras seperti kebanyakan lelaki.

“Saya selesa dengan diri saya, saya dah tunjukkan diri sebenar di media sosial. Orang nak cakap apa pun saya tidak kisah, ” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi